
Ikhlas Houseowner / Householder Takaful
IKHLAS Houseowner/Householder?
IKHLAS Houseowner/HouseHolder melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-
-
Kebakaran
-
Kilat
-
Letupan
-
Kerosakan Pesawat Udara
-
Kerosakan Impak
-
tangki air pecah atau melimpah
-
Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
-
Hurikan, siklon, taufan, ribut
-
Gempa bumi dan letusan gunung berapi
-
Banjir
-
Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
-
Tanggungan Awam Peribadi
Nota : Item 8, 9 & 10 di atas tidak termasuk 1% daripada jumlah perlindungan ke atas bangunan atau RM200 pertama untuk setiap dan semua kerugian mana-mana yang kurang.
Sijil Ikhlas Houseowner
Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas.
Sijil Ikhlas Householder
Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.
Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:
-
Pemecahan cermin (selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
-
Pampasan ke atas kematian peserta
-
Hartamilik pembantu rumah
Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan
-
Rusuhan, mogok dak kerosakan akibat perbuatan khianat
-
Perlindungan sewa tambahan
-
Tanggungan Awam - had-had tambahan
-
Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan rumah sahaja).
