

Takaful MOTOR
Pastikan kenderaan anda mendapat perlindungan yang bersesuaian dengan nilai harga pasaran dari Takaful Ikhlas Berhad.
Terkini
MEMO
PER : IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL
Pihak Syarikat menggalakkan Ejen-ejen Takaful Ikhlas untuk mempromosikan Takaful Ikhlas Motorist P.A. (MPA) Pelan B atau C kepada Pelanggan berdasarkan ciri-ciri berikut:
1. Kenderaan (kereta) yang berusia 16 hingga 20 tahun
2. Kenderaan Pacuan Empat Roda
* Pihak Syarikat berhak untuk mengenakan bayaran tambahan (loading) antara 15% hingga 25% bagi kereta antara 16 hingga 20 tahun untuk kelulusan.
Tarikh : 9 April 2014
MEMO
PER : LIBERALISASI TARIF MOTOR
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Seperti yang sedia maklum, berkuatkuasa 1 Julai 2017 takaful motor akan memasuki era baru dalam penyediaan perlindungan motor berikutan pemansuhan kadar tariff.
Sehubungan dengan permintaan dan keperluan pasaran, pemansuhan kadar tarif ini membolehkan syarikat memberi perkhidmatan yang lebih fleksibel dengan kadar sumbangan yang lebih kompetitif. Kami di Takaful IKHLAS komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produk yang lebih kompetitif kepada pelanggan kami.
Lebih banyak faktor risiko diambil kira berdasarkan maklumat kenderaan yang diberi dalam menentukan kadar sumbangan takaful yang berpatutan. Antaranya adalah factor umur, ciri-ciri keselamatan kenderaan, lokasi geografi kenderaan dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan menentukan profil risiko kumpulan pemegang sijil takaful.
Bagi menghargai pelanggan Takaful IKHLAS, kami menawarkan secara percuma perkhidmatan BANTUAN IKHLAS seperti jarak untuk menunda kenderaan sekiranya mengalami kerosakan sehingga 100km, bantuan kecemasan jalanraya, perkhidmatan panggantian tayar dan sebagainya. Takaful IKHLAS akan sentiasa menambah baik pengunaan system dan khidmat sokongan kepada agen dan rakaniaga kami.
Tarikh : 1 Julai 2017