top of page

Ikhlas Group Personal Accident

IKHLAS GROUP PERSONAL ACCIDENT

 

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

 

(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih “IKHLAS Group Personal Accident Takaful”.  Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat.)

 

1.   Produk apakah ini?

     IKHLAS Group Personal Accident Takaful adalah satu Sijil Takaful yang memberi perlindungan dua puluh empat (24) jam kepada sekumpulan orang (contoh: pekerja, ahli-ahli dalam kumpulan) bagi Kecederaan Tubuh Badan yang disebabkan Kemalangan sewaktu bekerja, bersukan, beristirehat, domestik dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di mana sahaja di dalam had jajahan sepertimana yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful yang mana kecederaan hanya dan tidak bertanggung jawab pada sebarang sebab keputusan sama ada melibatkan kematian atau hilang keupayaan atau memerlukan perubatan dan/atau rawatan pembedahan.

 

2.   Apakah konsep Shariah yang digunapakai?

      ·   Tabarru’ - bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS , Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

 

      ·   Wakalah  – bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.

 

Nota : Sila rujuk kepada Sijil kontrak  Takaful untuk maklumat lanjut.

 

3.   Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

      Produk ini melindungi:

      ·   Kematian

      ·   Hilang Keupayaan Kekal Menyeluruh

      ·   Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan

      ·   Perbelanjaan Pengkebumian

 

Nota : Sila rujuk Skala Pampasan untuk kematian dan hilang keupayaan kekal di dalam  Sijil Takaful perjanjian. Tempoh perlindungan selama satu (1) tahun. Anda dikehendaki memperbaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.

 

4.   Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?

      Jumlah Sumbangan Takaful yang perlu anda bayar mungkin bergantung kepada keperluan pengunderaitan.

 

                                                                                                           Jumlah Dilindungi (RM)  Sumbangan Takaful (RM)

      ·   Kematian / Hilang Keupayaan Kekal Menyeluruh               _________________               _________________

      ·   Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan                        _________________               _________________

      ·   Perbelanjaan Pengkebumian                                                 _________________               _________________

 

Anggaran jumlah Sumbangan Takaful yang anda perlu bayar ialah : RM________________

 

 

5.   Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?

      Berikut adalah yuran dan bayaran yang dikenakan:

 

      Bayaran yang perlu dijelaskan disamping jumlah Sumbangan Takaful

      ·   Cukai Perkhidmatan (jika ada):

      ·   Duti Setem

 

      Bayaran lain yang termasuk dalam jumlah Sumbangan Takaful

      ·   Yuran Wakalah

           - Komisen

           - Perbelanjaan Pengurusan

 

      Bayaran yang perlu dijelaskan jika anda membatalkan Sijil Takaful ini:

      ·   Yuran Pembatalan

 

Nota: Caj-caj yang dikenakan Takaful IKHLAS tidak termasuk cukai yang mungkin dikenakan di masa hadapan (termasuk cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Dengan perlaksanaan CBP, Takaful IKHLAS berhak untuk mengutip semula sebarang cukai yang dikehendaki oleh undang-undang daripada Peserta Takaful.

 

6.   Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui?

      Had umur

      ·   18 tahun sehingga 65 tahun

 

      Kepentingan Pendedahan

      ·   Anda mestilah menyatakan semua fakta penting seperti pekerjaan anda dan perihal peribadi yang boleh mempengaruhi penerimaan perlindungan, dan bilangan sijil serta jumlah Takaful kemalangan diri yang telah anda perolehi dari mana-mana pengendali Takaful / insurans.

 

      ·   Anda mestilah mendedahkan semua fakta penting yang anda tahu atau patut tahu, jika tidak, Sijil Takaful ini boleh dianggap tidak sah.

 

      ·   Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada profil hidup anda termasuk maklumat pekerjaan atau perihal peribadi, sila maklumkan kepada pihak kami dengan serta-merta.

 

      Pampasan / tanggungan

      ·   Kami akan membayar pampasan di atas kematian atau kecederaan (Hilang Keupayaan Kekal) berdasarkan kepada “Jadual Manfaat” yang disertakan di dalam Sijil Takaful. Walau bagaimanapun tuntutan untuk rawatan perubatan, pampasan anda adalah berdasarkan pengembalian jumlah perbelanjaan sebenar tertakluk kepada had yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. Anda tidak dibenarkan membuat tuntutan berganda bagi perbelanjaan perubatan yang sama.

 

      Waranti Sumbangan Takaful

      ·   Ia adalah penting dan menjadi syarat khas Sijil Takaful ini bahawa Sumbangan Takaful yang perlu dibayar dan diterima oleh pengendali Takaful dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil Takaful ini atau Endosmen / pembaharuan Sijil Takaful.

 

      ·   Bilamana Sumbangan Takaful yang dibayar lanjutan dari waranti ini, diterima oleh wakil Syarikat yang diberi kuasa, bayaran tersebut akan dikira telah diterima oleh pihak Syarikat. Tanggungjawab bagi membuktikan Sumbangan Takaful perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen Takaful yang tidak diberi kuasa untuk menerima Sumbangan Takaful, terletak pada pengendali Takaful.

 

      ·   Tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam Sijil Takaful ini.

 

      Lebihan

      ·   Pihak Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada lebihan boleh-agih kasar dari Dana Risiko pada setiap akhir tahun. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat boleh mengenakan caj SAC kurang daripada 50% daripada lebihan boleh-agih kasar mengikut budi bicara dan kesesuaian. Sebarang lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan seluruhnya (100%) kepada Peserta Takaful. Sekiranya jumlah untuk Peserta Takaful kurang daripada RM10 untuk setiap Sijil, jumlah tersebut akan terus disimpan di dalam Dana Risiko.

 

7.   Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini?

      Sijil Takaful ini tidak melindungi kematian atau hilang keupayaan kekal yang disebabkan oleh:

      ·   Peserta Takaful terlibat atau cubaan di dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;

      ·   peperangan, serangan, perbuatan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), peperangan sivil, pemberontakan, revolusi, pemberontakan atau rampasan kuasa, mogok, rusuhan, kekecohan awam, kebangkitan tentera atau kebangkitan popular di mana Peserta Takaful secara langsung atau tidak langsung mengambil bahagian atau terlibat walau apa jua dalam aktiviti-aktiviti tersebut;

      ·   penglibatan di dalam aktiviti keganasan;

      ·   gila, bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman) atau apa-apa percubaan ke arah itu oleh Peserta Takaful;

      ·   kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental sedia wujud Peserta Takaful;

      ·   jangkitan bakteria atau virus, apa-apa penyakit, rawatan perubatan atau pembedahan (kecuali sebagaimana yang perlu semata-mata akibat kecederaan yang dilindungi oleh Sijil Takaful ini dan dilaksanakan dalam masa yang tertera di dalam Sijil Takaful) kepada Peserta Takaful;

      ·   bersalin, keguguran, kehamilan atau apa-apa komplikasi yang berkaitannya kepada Peserta Takaful;

      ·   perbuatan asakan atau serangan yang dimulakan oleh Peserta Takaful yang menyebabkan dirinya terbunuh, pembunuhan atau serangan ke atas Peserta Takaful;

      ·   sebarang perlakuan yang melanggar Undang-undang Sivil atau Shariah dan prinsip-prinsipnya oleh Peserta Takaful;

      ·   hilang keupayaan kekal yang sedia ada atau kecederaan tubuh badan Peserta Takaful;

      ·   penyalahgunaan bahan, alkohol dan atau dadah oleh Peserta Takaful;

      ·   sebab-sebab lain yang dilarang oleh Undang-undang dan prinsip-prinsip Shariah.

 

Nota: Senarai ini bukan senarai yang lengkap. Sila rujuk Sijil kontrak Takaful untuk senarai penuh bagi pengecualian di bawah Sijil Takaful ini.

 

8.   Bolehkah saya membatalkan Sijil Takaful ini?

      Anda boleh membatalkan Sijil Takaful ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pulangan Sumbangan Takaful untuk kadar prorata bagi tempoh Sijil Takaful yang telah berkuatkuasa. Tiada pulangan Sumbangan Takaful dibenarkan jika ada sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini.

 

9.   Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi?

      Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan pihak kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.

 

bottom of page