
Keberkatan Muamalat Islam
Keberkatan Melalui Muamalat Islam
Maksud keberkatan menurut kamus Mu’jam al-Wasit
-
An-Nama’ iaitu subur
-
Az-ziyadah iaitu bertambah
-
As-Sa’adah iaitu bahagia
Kalimah barakah (berkat) disebut sebanyak 32 kali dalam al-Quran termasuk kalimah yang berakarkan barakah seperti mubarakun, baarakna dan sebagainya.
-
Keberkatan pada manusia – as-saffat : 113, an-naml : 8, hud : 73, maryam : 31
-
Keberkatan pada kenderaan – hud: 48
-
Keberkatan pada tempat – al-isra’ : 1, al-anbiya’ : 71, al-anbiya’ : 18, ali-imra : 96
-
Keberkatan pada ucapan – an-nur : 61
-
Keberkatan pada masa – ad-dukhan : 3
-
Keberkatan pada organisasi – al-a’raf : 96
Muamalat
-
Hukum syariat yang berkaitan dengan urusan aktiviti hidup seseorang yang berkaitan ekonomi seperti jualbeli, pinjaman, perbankan, pajak gadai, pelaburan, takaful dan lain-lain lagi.
Muamalat Takaful
-
Tiada Gharar (tak pasti)
-
Tiada Maisir (judi)
-
Tiada Riba
-
Berasaskan Tabarru’ – “Tidak berkurang harta kerana sedekah” Hadith riwayat Abu Daud
Bagaimana memperolehi Keberkatan Takaful
-
Kehidupan menjadi berkat apabila dilindungi perlindungan yang halal.
-
Pendidikan menjadi berkat apabila dilindungi perlindungan pendidikan yang halal.
-
Kediaman menjadi berkat apabila dilindungi perlindungan rumah yang halal.
-
Kenderaan menjadi berkat apabila dilindungi perlindungan kenderaan yang halal.
-
Zuriat menjadi berkat apabila perlindungan yang ditinggalkan selepas kita mati untuk makan dan minum mereka daripada perlindungan yang halal.
-
Suami yang berkat ialah suami yang memberikan perlindungan yang terbaik buat isterinya.
Kesan daripada muamalat haram
-
Doa tidak makbul – Hadith Muslim
-
Perbelanjaan tidak diberkati – Hadith Ahmad
-
Sedekahnya tidak diterima Allah s.w.t. – Hadith Al-Hakim
-
Pusakanya jadi bekalan ke Neraka – Hadith Al-Baihaqi
-
Ibadatnya ditolak - syaitan pun tak menggodanya – Yusuf bin Asbat.
Sumber dari Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa