top of page

Ikhlas - Pengertian Takaful & Model

Pengertian Takaful

 

 

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah.  Takaful bermaksud pakatan untuk saling tolong-menolong dan jamin-menjamin antara sesama ahli di dalam satu kumpulan.

 

Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

 

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk hubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Peserta (Prinsipal/Pelanggan).

 

** Tabarru' bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha.  Ia adalah derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah.

 

** Wakalah - bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta.

 

 

Al-Mudharabah

  • Perkongsian untung di antara peserta dan syarikat.

  • Nisbah dipersetujui tetapi nilai tidak dapat ditentukan.

  • Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang telah dibuat.

 

Gharar

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

  • Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.

  • Tidak diketahui kadar bayarannya.

  • Tidak diketahui bila masanya.

 

Maisir (Judi)

Kaitan dengan insurans:

  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa yang dilindungi tidak berlaku.

  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi premium yang diterima.

 

Riba

Unsur riba wujud sekiranya dana tabungan yang diterima dilaburkan di dalam syarikat yang tidak mengikut Syarak (contohnya bank konvensional).

 

Kenapa perlu saya sertai Takaful?

 

  • Persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa kita.

 

  • Sertai Takaful ketika masih muda dan sihat, boleh dapat pulangan yang baik apabila tempoh matang Takaful.

 

  • Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.

 

  • Kos pengajian semakin tinggi. Anak saya perlu ada Takaful untuk meringankan beban kewangan saya kelak.

 

  • Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya saya meninggal dunia akibat sebarang musibah.

 

  • Takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan yang tinggi sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.

 

Ciri-ciri Syarikat Takaful

 

  • Sistem Islam

  • Syarikat Pengendali

  • Lembaga Pengarah

  • Lembaga Syariah

  • Mengajak / Menyertai

  • Sumbangan dengan konsep Tabarru’

  • Akad

  • Sumbangan - Kepunyaan Peserta

  • Pelaburan Saham HALAL sahaja

  • Untung milik bersama

  • Mudharabah

  • Boleh keluarkan duit tanpa faedah

  • Zakat perniagaan telah dibayar

  • TIADA Unsur Gharar

  • TIADA Unsur Maisir

  • TIADA Unsur Riba

  • Tabung Jariah membantu kita apabila kita di alam kubur.

 

Model Ikhlas

 

 

Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.

 

Nota:

Untuk Takaful Am, semua sumbangan, Yuran Wakalah bersih, di dalam GRIA akan diagihkan untuk Tabarru’ di permulaan sijil kepada RF. Sebarang pendapatan pelaburan dari RF akan diperuntukkan kembali ke dalam RF.  Pengagihan lebihan bersih, akan diperuntukkan dan diuruskan secara tahunan.

bottom of page